Tidaklah Allah menghiasi para ahli ibadah

TEKS BAHASA ARAB

ما زان الله العباد بزينة أفضل من زهادة الدنيا وعفاف في بطنه وفرجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah menghiasi para ahli ibadah dengan perhiasan yang lebih baik berbanding zuhud terhadap dunia (meninggalkan keseronokan duniawi) serta sifat ‘afaf (menjaga kehormatan) pada perut dan juga kemaluannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis nombor 408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ما زان الله العباد بزينةٍ أفضل من زهادة الدنيا وعفاف في بطنه وفرجه.
[حل، فر، ((الضعيفة)) (4444)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah Allah menghiasi para ahli ibadah dengan perhiasan yang lebih baik berbanding zuhud terhadap dunia (meninggalkan keseronokan duniawi) serta sifat ‘afaf (menjaga kehormatan) pada perut dan juga kemaluannya.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, Al-Dailami dalam Al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4444]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs