Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما زانَ اللهُ العِبادَ بزينةٍ أفضلَ من زَهادةِ الدُّنيا وعَفافٍ في بطنِه وفرجِه.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah Allah menghiasi para ahli ibadah dengan perhiasan yang lebih baik berbanding zuhud terhadap dunia (meninggalkan keseronokan duniawi) serta sifat ‘afaf (menjaga kehormatan) pada perut dan juga kemaluannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis no. 408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ما زان الله العباد بزينةٍ أفضل من زهادة الدنيا وعفاف في بطنه وفرجه. [حل، فر، ((الضعيفة)) (4444)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah Allah menghiasi para ahli ibadah dengan perhiasan yang lebih baik berbanding zuhud terhadap dunia (meninggalkan keseronokan duniawi) serta sifat ‘afaf (menjaga kehormatan) pada perut dan juga kemaluannya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, Al-Dailami dalam Al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4444]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman