TEKS BAHASA ARAB
ما علم الله من عبد ندامة على ذنب، إلا غفر له قبل أن يستغفر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah Allah mengetahui penyesalan seorang hamba terhadap dosanya melainkan Dia akan mengampuninya sebelum dia sempat beristighfar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis nombor 9855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة –رضي الله عنها- مرفوعا: «ما علم الله من عبد ندامة على ذنب، إلا غفر له قبل أن يستغفر».
[ك، «الضعيفة» (323)].
(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RAnha secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah mengetahui penyesalan seorang hamba terhadap dosanya melainkan Dia akan mengampuninya sebelum dia sempat beristighfar.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 323].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.