Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah Allah mengetahui penyesalan seorang hamba terhadap dosanya melainkan Dia akan mengampuninya sebelum dia sempat beristighfar

Teks Bahasa Arab

ما علِمَ اللَّهُ مِن عبدٍ ندامةً علَى ذنبٍ، إلَّا غفرَ لهُ قبلَ أن يستَغفِرَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah Allah mengetahui penyesalan seorang hamba terhadap dosanya melainkan Dia akan mengampuninya sebelum dia sempat beristighfar.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis no. 9855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة –رضي الله عنها- مرفوعا: «ما علم الله من عبد ندامة على ذنب، إلا غفر له قبل أن يستغفر». [ك، «الضعيفة» (323)].

(Palsu) Daripada ‘Aisyah RAnha secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah mengetahui penyesalan seorang hamba terhadap dosanya melainkan Dia akan mengampuninya sebelum dia sempat beristighfar. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 323].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.