TEKS BAHASA ARAB
ما استرذل الله عبدا إلا حظر عليه العلم والأدب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah Allah menganggap hina seorang hamba melainkan Allah akan menghalang ilmu dan juga adab ke atas dirinya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 81, hadis nombor 402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ما استرزل الله عبداً إلا حظر عليه العلم والأدب.
[عد، ((الضعيفة)) (4420)]
(Palsu)
Daripada Abū Hurayrah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah menganggap hina seorang hamba melainkan Allah akan menghalang ilmu dan juga adab ke atas dirinya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah Al-Dha’ifah, no. 4420]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.