Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah Allah menganggap hina seorang hamba

Teks Bahasa Arab

ما اسْتَرْذَلَ اللَّهُ عبدًا إلا حَظَر عليهِ العلمَ والأَدَبَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah Allah menganggap hina seorang hamba melainkan Allah akan menghalang ilmu dan juga adab ke atas dirinya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 81, hadis no. 402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: ما استرزل الله عبداً إلا حظر عليه العلم والأدب. [عد، ((الضعيفة)) (4420)]

(Palsu) Daripada Abū Hurayrah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah menganggap hina seorang hamba melainkan Allah akan menghalang ilmu dan juga adab ke atas dirinya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah Al-Dha’ifah, no. 4420]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.