Tidaklah Allah mendengar sesuatu dari seorang hamba yang lebih afdal berbanding dua rakaat solat yang didirikannya

TEKS BAHASA ARAB

ما أذن الله لعبد في شيء أفضل من ركعتين يصليهما، وإن البر ليذر على رأس العبد ما دام في صلاته، وما تقرب العباد إلى الله بمثل ما خرج منه يعني القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah mendengar sesuatu dari seorang hamba yang lebih afdal berbanding dua rakaat solat yang didirikannya. Sesungguhnya kebaikan itu mengalir di atas kepala seorang hamba selama dia masih berada di dalam solatnya. Tidak ada sesuatu yang seorang hamba itu mendekatkan dirinya kepada Allah yang menyamai apa yang keluar daripadanya – iaitu bacaan al-Quran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 251, hadis nombor 1306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما أذن الله لعبد في شيء أفضل من ركعتين يصليها، وإن البر ليذر على رأس العبد ما دام في صلاته، وما تقرب العباد إلى الله بمثل ما خرج منه – يعني القرآن)). [ت، حم، ابن نصر في ((الصلاة))، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1957)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah mendengar sesuatu dari seorang hamba yang lebih afdal berbanding dua rakaat solat yang didirikannya. Sesungguhnya kebaikan itu mengalir di atas kepala seorang hamba selama dia masih berada di dalam solatnya. Tidak ada sesuatu yang seorang hamba itu mendekatkan dirinya kepada Allah yang menyamai apa yang keluar daripadanya – iaitu bacaan al-Quran.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Nasr dalam al-Solah dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1957]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs