Tidaklah Allah memberikan nikmat terhadap seorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

ما أنعم الله على عبد نعمة، فحمد الله عليها، إلا كان ذلك أفضل من تلك النعمة و إن عظمت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah memberikan nikmat terhadap seorang hamba, lalu dia memuji Allah atasnya (nikmat tersebut), melainkan jadilah pujian tersebut lebih baik daripada nikmat tersebut sekalipun ia hebat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2001, hadis nombor 10034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((ما أنعم الله على عبد نعمة، فحمد الله عليها؛ إلا كان ذلك أفضل من تلك النعمة وإن عظمت)). [طب، ((الضعيفة)) (2011)].

(Sangat lemah) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah memberikan nikmat terhadap seorang hamba, lalu dia memuji Allah atasnya (nikmat tersebut), melainkan jadilah pujian tersebut lebih baik daripada nikmat tersebut sekalipun ia hebat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2011]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs