Tidaklah Allah memberikan nikmat kepada seseorang hamba-Nya lalu dia mengucapkan: Alhamdulillah

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله؛ إلا وقد أدى شكرها، فإن قالها الثانية؛ جدد الله له ثوابها، فإن قالها الثالثة؛ غفر الله له ذنوبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah memberikan nikmat kepada seseorang hamba-Nya lalu dia mengucapkan: Alhamdulillah melainkan dia telah menunaikan kesyukurannya. Jika hamba itu mengucapkannya kali kedua, maka Allah memperbaharui pahalanya, jika hamba itu mengucapkannya kali ketiga, maka Allah mengampunkan dosanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2001, hadis nombor 10033. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما أنعم الله -تعالى- على عبد من نعمة، فقال: الحمد لله؛ إلا وقد أدى شكرها، فإن قالها الثانية؛ جدد الله له ثوابها، فإن قالها الثالثة؛ غفر الله له ذنوبه.
[ك، هب، فر، ((الضعيفة)) (2010)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA-diriwayat secara marfu’-: Tidaklah Allah memberikan nikmat kepada seseorang hamba-Nya lalu dia mengucapkan: Alhamdulillah melainkan dia telah menunaikan kesyukurannya. Jika hamba itu mengucapkannya kali kedua, maka Allah memperbaharui pahalanya, jika hamba itu mengucapkannya kali ketiga, maka Allah mengampunkan dosanya.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2010)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs