TEKS BAHASA ARAB
ما ءاتى الله عالما علما إلا أخذ عليه الميثاق أن لا يكتمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah Allah memberikan ilmu kepada seseorang yang alim, melainkan Allah membuat perjanjian dengannya agar dia tidak menyembunyikannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 69, hadis nombor 391. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Musa al-Balqawi, beliau seorang pemalsu hadith yang besar. Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Bandahi dalam Sharh al-Maqamat, Ibn ‘Asakir dalam Tabyiin Kazb al-Muftari, al-Dailami ralam Musnad al-Firdaws dan al-‘Iraqi dipermulaan al-Qawl al-Musaddad melalui sanad Ibn Nazif, kemudian beliau berkata: Dalam sanadnya terdapat al-Balqawi, beliau seorang yang didakwa melakukan pendustaan, namun hadith tersebut mempunyai sokongan dengan sanad yang baik.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.