TEKS BAHASA ARAB
ما عبد الله تعالى بشيء أفضل من فقه في دين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah Allah disembah dengan sesuatu yang lebih baik berbanding mendalami agama.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis nombor 6639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال :قال صلى الله عليه وسلم: ما عبد الله تعالى بشيء أفضل من فقه في دين.
[ابن أبي عمر في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (6912)].
(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Tidaklah Allah disembah dengan sesuatu yang lebih baik berbanding mendalami agama.
[Riwayat Ibn Abi 'Umar dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6912].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.