Tidaklah Allah 'Azza Wa Jalla izinkan kepada seseorang hamba untuk berdoa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أذن الله – عز وجل – لعبد في الدعاء؛ حتى أذن له في الإجابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah ‘Azza Wa Jalla izinkan kepada seseorang hamba untuk berdoa hinggalah Dia izinkan kepadanya penerimaan doa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis nombor 7577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما أذن الله – عز وجل – لعبد في الدعاء؛ حتى أذن له في الإجابة)). [حل، ((الضعيفة)) (4416)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah ‘Azza Wa Jalla izinkan kepada seseorang hamba untuk berdoa hinggalah Dia izinkan kepadanya penerimaan doa.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4416]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.