Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أَذِنَ اللهُ - عز وجل - لعبدٍ في الدعاءِ؛ حتى أَذِنَ له في الإجابةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah Allah 'Azza Wa Jalla izinkan kepada seseorang hamba untuk berdoa hinggalah Dia izinkan kepadanya penerimaan doa.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis no. 7577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما أذن الله - عز وجل - لعبد في الدعاء؛ حتى أذن له في الإجابة)). [حل، ((الضعيفة)) (4416)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah 'Azza Wa Jalla izinkan kepada seseorang hamba untuk berdoa hinggalah Dia izinkan kepadanya penerimaan doa. [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4416]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman