Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah aku takutkan berlaku ke atas umatku melainkan tiga perkara

Teks Bahasa Arab

لَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي إِلَّا ثَلَاثَ خِلَالٍ: أَنْ يَكْثُرَ لَهُمْ من المَال فَيَتَحَاسَدُوا فَيَقْتَتَلُوا، وَأَنْ يُفتَحَ لَهُمُ الكِتَابُ؛ يَأخُذُهُ المُؤْمِنُ يَبْتَغِي تَأْوِيلَهُ: ((وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُوْلُواْ الْأَلْبَابِ))، وَأَنْ يَرَوْا ذَا عِلْمِهِمْ فَيُضَيِّعُوهُ، وَلَا يُبَالُونَ عَلَيْهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah aku takutkan berlaku ke atas umatku melainkan tiga perkara: (Iaitu) harta mereka menjadi banyak lalu mereka saling berdengki dan membunuh. Juga dibukakan kepada mereka al-Kitab (al-Quran), lalu seorang mukmin mengambilnya dan mencari-cari takwilannya: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَاب ((Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikir)). Dan mereka melihat golongan yang memiliki ilmu dari kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Malik al-Asy‘ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 229, hadis no. 1215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب؛ يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: ((وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب))، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه)). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5607)]

(Daif) Daripada Abu Malik al-Asy‘ari RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah aku takutkan berlaku ke atas umatku melainkan tiga perkara: (Iaitu) harta mereka menjadi banyak lalu mereka saling berdengki dan membunuh. Juga dibukakan kepada mereka al-Kitab (al-Quran), lalu seorang mukmin mengambilnya dan mencari-cari takwilannya: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَاب ((Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikir)). Dan mereka melihat golongan yang memiliki ilmu dari kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5607]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.