Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah Aku muat pada bumiku dan langitku

Teks Bahasa Arab

مَا وَسِعَنِيْ أَرْضِيْ وَلا سَمَائِيْ، وَلَكِنْ وَسِعَنِيْ قَلْبُ عَبْدِيَ الْمُؤْمِنِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah Aku muat pada bumiku dan langitku, akan tetapi Aku telah muat pada hati seorang hamba yang beriman.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 164, hadis no. 293. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف له إسناد مرفوع. وقال ابن تيمية: هو موضوع، وفي الذيل وهو كما قال. ومعناه وسع قلبه الإيمان بي وبمحبتي، وإلا فالقول بالحلول الكفر. وقال الزركشي: وضعته الملاحدة.

Tidak diketahui baginya sanad marfu’. Ibn Taimiyyah berkata: Ia palsu, dan dalam kitab al-Zayl, ia sama seperti kata beliau. Dan maksudnya ialah hatinya muat dengan iman denganku dan kecintaan padaku, jika tidak ucapan hulul (Tuhan bersatu dalam diri manusia) adalah kekufuran. Al-Zarkashi berkata: Ia direka oleh golongan mulhid (ateis).

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.