Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah aku mendatangi rukun yamani sekalipun melainkan aku menemui Jibril AS berdiri disisinya

Teks Bahasa Arab

حديث: "ما أتيت الركن اليماني قط إلا وجدت جبرائيل قائما عنده يقول: يا محمد استلم وقل: اللهم إني أعوذ بك من الكبر والفاقة ومراتب الخزي في الدنيا والآخرة _ إلخ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidaklah aku mendatangi rukun yamani sekalipun melainkan aku menemui Jibril AS berdiri disisinya lalu Jibril berkata: Wahai Muhammad lakukanlah istilam dan berdoalah Ya Allah aku berlindung dengan engkau daripada membangga diri , kefakiran dan peringkat-peringkat kehinaan di dunia dan akhirat

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 111, hadis no. 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: في إسناده كذاب

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: Pada sanadnya terdapat perawi pendusta

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.