Tidaklah aku mahu melihat Jibril bergantung di penutup Ka'abah

TEKS BAHASA ARAB

ما شئت أن أرى جبريل متعلقا بأستار الكعبة وهو يقول: يا واحد، يا ماجد! لا تزل عني نعمة أنعمت بها علي؛ إلا رأيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah aku mahu melihat Jibril bergantung di penutup Ka’abah sambil berkata: Wahai Tuhan yang Esa! Wahai Tuhan yang Mulia! Janganlah Engkau hilangkan daripadaku nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku, melainkan aku pasti dapat melihatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis nombor 7582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما شئت أن أرى جبريل متعلقا بأستار الكعبة وهو يقول: يا واحد، يا ماجد! لا تزل عني نعمة أنعمت بها علي؛ إلا رأيته)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4449)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah aku mahu melihat Jibril bergantung di penutup Ka’abah sambil berkata: Wahai Tuhan yang Esa! Wahai Tuhan yang Mulia! Janganlah Engkau hilangkan daripadaku nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku, melainkan aku pasti dapat melihatnya.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4449]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs