TEKS BAHASA ARAB
ما سبحت ولا سبح الأنبياء قبلي بأفضل من: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah aku bertasbih dan tidak juga para nabi sebelumku bertasbih dengan tasbih yang lebih baik berbanding: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis nombor 7581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – رفعه: ((ما سبحت ولا سبح الأنبياء قبلي بأفضل من: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر)). [فر، ((الضعيفة)) (4448)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah aku bertasbih dan tidak juga para nabi sebelumku bertasbih dengan tasbih yang lebih baik berbanding: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4448]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.