Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah aku bertasbih dan tidak juga para nabi sebelumku bertasbih dengan tasbih yang lebih baik berbanding: Maha Suci Allah

Teks Bahasa Arab

ما سبَّحْتُ ولا سبَّحَ الأنبياءُ قبْلِي بأفضلَ من: سبحانَ اللهِ، والحمدُ للهِ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ، واللهُ أكبر.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah aku bertasbih dan tidak juga para nabi sebelumku bertasbih dengan tasbih yang lebih baik berbanding: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis no. 7581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - رفعه: ((ما سبحت ولا سبح الأنبياء قبلي بأفضل من: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر)). [فر، ((الضعيفة)) (4448)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah aku bertasbih dan tidak juga para nabi sebelumku bertasbih dengan tasbih yang lebih baik berbanding: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4448]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.