Tidaklah ahli syurga itu merasa menyesal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah ahli syurga itu merasa menyesal kecuali akan masa yang berlalu tanpa mereka berzikir kepada Allah padanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667-668, hadis nombor 3445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله فيها)). [الفسوي، ابن السني، طب، هب، أبو العباس، المقدسي في ((حديثه))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4986)]

(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’: Tidaklah ahli syurga itu merasa menyesal kecuali akan masa yang berlalu tanpa mereka berzikir kepada Allah padanya. [Riwayat al-Fasawi dalam al-Ma’rifah wa al-Tal-Tarikh, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu al-Abbas, al-Maqdisi dalam Hadisnya, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4986]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.