Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah ahli syurga itu merasa menyesal

Teks Bahasa Arab

ليس يَتَحَسَّرُ أهلُ الجنةِ إلا على ساعةٍ مَرَّتْ بهم لم يذكروا اللهَ فيها.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah ahli syurga itu merasa menyesal kecuali akan masa yang berlalu tanpa mereka berzikir kepada Allah padanya.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667-668, hadis no. 3445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله فيها)). [الفسوي، ابن السني، طب، هب، أبو العباس، المقدسي في ((حديثه))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4986)]

(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’: Tidaklah ahli syurga itu merasa menyesal kecuali akan masa yang berlalu tanpa mereka berzikir kepada Allah padanya. [Riwayat al-Fasawi dalam al-Ma’rifah wa al-Tal-Tarikh, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu al-Abbas, al-Maqdisi dalam Hadisnya, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4986]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.