Tidaklah ada orang-orang yang berzikir melainkan Baginda SAW pasti ada bersama mereka

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – لا يكون ذاكرون إلا كان معهم، ولا مصلون إلا كان أكثرهم صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah ada orang-orang yang berzikir melainkan Baginda SAW pasti ada bersama mereka dan tidaklah ada orang-orang yang solat melainkan Baginda SAW adalah orang yang paling banyak solat dalam kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis nombor 7559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – لا يكون ذاكرون إلا كان معهم، ولا مصلون إلا كان أكثرهم صلاة. [حل، خط، ((الضعيفة)) (4251)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: Tidaklah ada orang-orang yang berzikir melainkan Baginda SAW pasti ada bersama mereka dan tidaklah ada orang-orang yang solat melainkan Baginda SAW adalah orang yang paling banyak solat dalam kalangan mereka.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4251]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs