Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - لا يكونُ ذاكرونَ إلَّا كانَ معَهم، ولا مُصلُّونَ إلَّا كان أكثرَهم صلاةً.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah ada orang-orang yang berzikir melainkan Baginda SAW pasti ada bersama mereka dan tidaklah ada orang-orang yang solat melainkan Baginda SAW adalah orang yang paling banyak solat dalam kalangan mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis no. 7559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - لا يكون ذاكرون إلا كان معهم، ولا مصلون إلا كان أكثرهم صلاة. [حل، خط، ((الضعيفة)) (4251)]
(Lemah) Daripada 'Abdullah bin Mas'ud RA, katanya: Tidaklah ada orang-orang yang berzikir melainkan Baginda SAW pasti ada bersama mereka dan tidaklah ada orang-orang yang solat melainkan Baginda SAW adalah orang yang paling banyak solat dalam kalangan mereka. [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4251]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman