Munkar Dengan Lafaz Ini

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah ada (beza) antara seorang hamba itu dan kekafiran – atau baginda bersabda: syirik – kecuali dia meninggalkan solat yang wajib

Teks Bahasa Arab

ليسَ بينَ العبدِ وبينَ الكفرِ - أو قالَ: الشِّركِ - إلَّا أن يدعَ صلاةً مَكْتوبةً.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah ada (beza) antara seorang hamba itu dan kekafiran – atau baginda bersabda: syirik – kecuali dia meninggalkan solat yang wajib.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Lafaz Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 578, hadis no. 2978.

(منكر بهذا اللفظ) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «ليس بين ‌العبد وبين الكفر - أو قال: الشرك - إلا أن يدع صلاة ‌مكتوبة». [ابن نصر في «الصلاة»، «الضعيفة» (6907)].

(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Tidaklah ada (beza) antara seorang hamba itu dan kekafiran – atau baginda bersabda: syirik – kecuali dia meninggalkan solat yang wajib. [Riwayat Ibn Nasr dalam al-Solah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6907].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.