TEKS BAHASA ARAB
حديث: ما فضلكم أبو بكر بفضل صوم ولا صلاة، ولكن بشيء وقر في قلبه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tidaklah Abu Bakr melebihi kamu kerana puasa atau solat, sebaliknya kerana sesuatu yang tersimpan dalam hatinya. Dalam lafaz lain: Dalam dadanya, yakni zikir kepada Allah yang menetap di dadanya.
STATUS
Tidak ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 161, hadis nombor 479. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي لفظ: صدره. أي: سكن واستقر من ذكر الله: مشهور في كتب الصوفية، خصوصا في الإحياء، وحل الرموز لابن غانم المقدسي. قال العراقي: لم أجده مرفوعا، وأشار ابن القيم إلى وضعه.
Hadith ini masyhur dalam kitab-kitab tasawuf, terutama Ihya dan Hal Al-Rumuz oleh Ibn Ghanim al-Maqdisi.
Al-Iraqi berkata: Aku tidak menemuinya secara marfu’
Ibn al-Qayyim mengisyaratkan bahawa ia palsu.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.