Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah Abu Bakr melebihi kamu

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: مَا فَضلكُمْ أَبُو بكر بِفضل صَوْم وَلَا صَلَاة، وَلَكِن بِشَيْء وقر فِي قلبه

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tidaklah Abu Bakr melebihi kamu kerana puasa atau solat, sebaliknya kerana sesuatu yang tersimpan dalam hatinya. Dalam lafaz lain: Dalam dadanya, yakni zikir kepada Allah yang menetap di dadanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 161, hadis no. 479. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي لفظ: صدره. أي: سكن واستقر من ذكر الله: مشهور في كتب الصوفية، خصوصا في الإحياء، وحل الرموز لابن غانم المقدسي. قال العراقي: لم أجده مرفوعا، وأشار ابن القيم إلى وضعه.

hadis ini masyhur dalam kitab-kitab tasawuf, terutama Ihya dan Hal Al-Rumuz oleh Ibn Ghanim al-Maqdisi. Al-Iraqi berkata: Aku tidak menemuinya secara marfu' Ibn al-Qayyim mengisyaratkan bahawa ia palsu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.