Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah Abu Bakar melebihi kamu kerana lebihnya beliau dalam berpuasa atau solat

Teks Bahasa Arab

مَا فَضَلَكُمْ أَبُو بَكْرٍ بِفَضْلِ صَوْمٍ وَلا صَلاةٍ إِلا بِشَيْءٍ وَقَرَفِي صَدْرِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah Abu Bakar melebihi kamu kerana lebihnya beliau dalam berpuasa atau solat, sebaliknya kerana ketenangan yang ada dalam dada beliau.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 81, hadis no. 362. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع، وإنما أخرجه الحكيم الترمذي، عن بكر بن عبد الله، من قوله، ولفظه: ((ما فضل أبو بكر الناس بكثرة صلاة ولا بكثرة صيام ولكن بشيء وقر في صدره)).

Tidak ada dalam riwayat yang marfu', ia hanyalah diriwayatkan oleh al-Hakim al-Tirmizi daripada Bakar bin 'Abdillah melalui kata-kata beliau dan lafaznya: "Tidaklah Abu Bakar melebihi orang lain kerana banyak solat dan puasa, namun kerana suatu ketenangan yang ada dalam dadanya".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.