Tidaklah Abu Bakar melebihi kalian

TEKS BAHASA ARAB

ما فضلكم أبو بكر بفضل صوم ولا صلاة، ولكن بشيء وقر في قلبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Abu Bakar melebihi kalian dengan kelebihan puasa dan tidak juga solat, akan tetapi dengan sesuatu yang terdapat dalam hatinya.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 162, hadis nombor 285. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي: لم أجده مرفوعا.

Al-Iraqi berkata: Aku tidak menemuinya secara marfu’.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs