Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidakkah seseorang kamu menemui tiga biji batu?

Teks Bahasa Arab

أوَلا يجِدُ أحدُكم ثلاثةَ أحجارٍ: حجَرَينِ للصفحتَينِ وحجَرًا للمَسرَبَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidakkah seseorang kamu menemui tiga biji batu? Dua biji untuk dubur dan satu biji untuk kencing.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa'd RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1191, hadis no. 6036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل الساعدي رضي الله عنه، قال: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الاستطابة؟ فقال: أولا يجد أحدكم ثلاثة أحجار: حجرين للصفحتين وحجرا للمسربة. [قط، هق، ((الضعيفة)) (969)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa'd al-Sa'idi RA, katanya: Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan istitabah (bersuci dengan membuang najis), lalu Baginda menjawab: Tidakkah seseorang kamu menemui tiga biji batu? Dua biji untuk dubur dan satu biji untuk kencing. [Riwayat al-Daraqutni dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 969]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.