Tidakkah salah seorang daripada kalian tidak berasa malu pada dua malaikat yang bersamanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا يستحي أحدكم من ملكيه اللذين معه؛ كما يستحي من رجلين صالحين من جيرانه، وهما معه بالليل والنهار؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah salah seorang daripada kalian tidak berasa malu pada dua malaikat yang bersamanya; sebagaimana mana dia berasa malu pada dua lelaki yang soleh dari kalangan jirannya, sedangkan mereka berdua bersamanya pada malam dan siang?!

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1996, hadis nombor 10005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «ألا يستحي أحدكم من ملكيه اللذين معه؛ كما يستحي من رجلين صالحين من جيرانه، وهما معه بالليل والنهار؟!».
[هب، «الضعيفة» (2299)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidakkah salah seorang daripada kalian tidak berasa malu pada dua malaikat yang bersamanya; sebagaimana mana dia berasa malu pada dua lelaki yang soleh dari kalangan jirannya, sedangkan mereka berdua bersamanya pada malam dan siang?!”.
[Riwayat Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2299].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.