Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidakkah kau merasa bahawa sesungguhnya rintihan itu merupakan satu nama daripada nama-nama Allah azza wa jalla

Teks Bahasa Arab

يا حُمَيْرَاءُ ! أَمَا شَعَرْتِ أن الأَنِينَ اسمٌ من أسماءِ اللهِ عز وجل يَسْتَرِيحُ به المريضُ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Humaira! Tidakkah kau merasa bahawa sesungguhnya rintihan itu merupakan satu nama daripada nama-nama Allah azza wa jalla yang mana orang yang sakit itu dapat merasa tenang dengannya?”

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1736, hadis no. 8735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة قالت: دخل علي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وفي البيت مريض يئن، فمنعته عائشة، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((يا حميراء! أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله عز وجل يستريح به المريض؟!)) [فر، ((الضعيفة)) (3243، 4051)]

(Munkar) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah telah datang kepadaku dan ketika itu ada orang sakit sedang merintih. Maka Aisyah menegahnya (daripada merintih), lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai Humaira! Tidakkah kau merasa bahawa sesungguhnya rintihan itu merupakan satu nama daripada nama-nama Allah azza wa jalla yang mana orang yang sakit itu dapat merasa tenang dengannya?)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 8051, 3243].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.