Tidakkah kamu lihat bahawa langit-langit itu ada tujuh, bumi itu tujuh, dan tawaf itu tujuh

TEKS BAHASA ARAB

إذا استجمر أحد كم؛ فليوتر، وإن الله وتر يدث الوتر، أما ترى السماوات سبعأ، والأرض سبعا، والطواف سبعا، وذكر أشياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu bersuci menggunakan batu maka hendaklah dia ganjilkan. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan sukakan benda yang ganjil. Tidakkah kamu lihat bahawa langit-langit itu ada tujuh, bumi itu tujuh, dan tawaf itu tujuh, baginda menyebutkan beberapa perkara lagi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1216, hadis nombor 6191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذ االتمام)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا استجمر أحد كم؛ فليوتر، وإن الله وتر يدث الوتر، أما ترى السماوات سبعأ، والأرض سبعا، والطواف سبعا، وذكر أشياء.
[البزار، ((الضعيفة)) (5656)]

(Munkar dengan lafaz yang lengkap ini)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu bersuci menggunakan batu maka hendaklah dia ganjilkan. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan sukakan benda yang ganjil. Tidakkah kamu lihat bahawa langit-langit itu ada tujuh, bumi itu tujuh, dan tawaf itu tujuh, baginda menyebutkan beberapa perkara lagi.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5656]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs