Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا اسْتَجْمَرَ أحدُ كُم؛ فلْيُوتِرْ، وإن الله وِتْرٌ يُدث الوِتْرَ، أَمَا ترى السماواتِ سَبْعأ، والأرضَ سَبْعاً، والطوافَ سَبعاً، وذكر أَشياء.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu bersuci menggunakan batu maka hendaklah dia ganjilkan. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan sukakan benda yang ganjil. Tidakkah kamu lihat bahawa langit-langit itu ada tujuh, bumi itu tujuh, dan tawaf itu tujuh, baginda menyebutkan beberapa perkara lagi.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1216, hadis no. 6191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذ االتمام) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا استجمر أحد كم؛ فليوتر، وإن الله وتر يدث الوتر، أما ترى السماوات سبعأ، والأرض سبعا، والطواف سبعا، وذكر أشياء. [البزار، ((الضعيفة)) (5656)]
(Munkar dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu bersuci menggunakan batu maka hendaklah dia ganjilkan. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan sukakan benda yang ganjil. Tidakkah kamu lihat bahawa langit-langit itu ada tujuh, bumi itu tujuh, dan tawaf itu tujuh, baginda menyebutkan beberapa perkara lagi. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5656]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman