Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن زيد ابن أرقم قال: كنت جالساً عند النبي - صلى الله عليه وسلم -، فقال له رجل من اليهود [يقال له: ثعلبة بن الحارث] : أتزعم أن في الجنة طعاماً وشراباً وأزواجاً؟ فقال النبي - صلى الله عليه وسلم -: "نعم". فقال اليهودي: إنا نجدها طيبة مطيبة؟ فقال له النبي - صلى الله عليه وسلم -: (أتؤمن بشجرة المسك وتجدها في كتابكم؟ قال: نعم. قال: فإن البول والجنابة عرق يسيل من ذوائبهم إلى أقدامهم كالمسك)
Teks Bahasa Melayu
Daripada Zaid bin Arqam RA berkata: “Aku duduk bersama Nabi SAW. Lalu berkata seorang lelaki daripada Yahudi kepada Baginda yang dikenali sebagai: Tha’labah bin al-Harith. Adakah kamu menyangka bahawa di syurga terdapat makanan, minuman dan isteri-isteri? Lalu Nabi SAW berkata: Ya. Berkata Yahudi: Kami mendapatinya baik lagi lazat? Maka Nabi SAW berkata kepadanya: Tidakkah kamu beriman dengan pohon kasturi dan kamu boleh mendapatinya di dalam kitab kamu? Dia berkata: Ya. Baginda berkata: Sesungguhnya air kencing dan air janabah merupakan peluh yang mengalir daripada jambul rambut hingga kaki mereka seperti kasturi."
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1692, hadis no. 8533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, dan al-Tabarani dalam al-Awsat
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman