Tidakkah kalian malu dengan dua malaikat yang sentiasa bersama kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا يستحي أحدكم من ملكيه اللذين معه؛ كما يستحي من رجلين صالحين من جيرانه، وهما معه بالليل والنهار؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah kalian malu dengan dua malaikat yang sentiasa bersama kalian, sepertimana dia malu kepada dua orang lelaki yang soleh dari kalangan jirannya. Mereka (dua malaikat tersebut) bersamanya siang dan malam!.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 195, hadis nombor 1009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ألا يستحي أحدكم من ملكيه اللذين معه؛ كما يستحي من رجلين صالحين من جيرانه، وهما معه بالليل والنهار؟!)). [هب، ((الضعيفة)) (2299)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kalian malu dengan dua malaikat yang sentiasa bersama kalian, sepertimana dia malu kepada dua orang lelaki yang soleh dari kalangan jirannya. Mereka (dua malaikat tersebut) bersamanya siang dan malam!.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2299]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.