Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidakkah kalian malu dengan dua malaikat yang sentiasa bersama kalian

Teks Bahasa Arab

ألا يَسْتَحِي أحدُكم من مَلَكَيْهِ اللذَيْنِ معه، كما يَسْتَحِي من رجلين صالحين من جيرانِه، وهما معه بالليلِ والنهارِ؟!.

Teks Bahasa Melayu

Tidakkah kalian malu dengan dua malaikat yang sentiasa bersama kalian, sepertimana dia malu kepada dua orang lelaki yang soleh dari kalangan jirannya. Mereka (dua malaikat tersebut) bersamanya siang dan malam!.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 195, hadis no. 1009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ألا يستحي أحدكم من ملكيه اللذين معه؛ كما يستحي من رجلين صالحين من جيرانه، وهما معه بالليل والنهار؟!)). [هب، ((الضعيفة)) (2299)]

(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kalian malu dengan dua malaikat yang sentiasa bersama kalian, sepertimana dia malu kepada dua orang lelaki yang soleh dari kalangan jirannya. Mereka (dua malaikat tersebut) bersamanya siang dan malam!. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2299]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.