Tidakkah engkau redha untuk menjadi sepertimana kedudukan Harun pada Musa melainkan tiada lagi Nabi selepasku

TEKS BAHASA ARAB

أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي ولو كان لكنته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah engkau redha untuk menjadi sepertimana kedudukan Harun pada Musa melainkan tiada lagi Nabi selepasku. Jika ada Nabi selepasku maka engkaulah orangnya.

STATUS

Lafaz tambahannya palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الذيل جَابر رَفعه «أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى إِلا أَنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي وَلَوْ كَانَ لكنته» قَالَ الْخَطِيب زِيَادَة وَلَو كَانَ لكنته لَا نعلم رَوَاهَا إِلَّا ابْن أبي الْأَزْهَر وَكَانَ يضع، وَقَالَ ابْن النجار الْمَتْن صَحِيح وَالزِّيَادَة غير مَحْفُوظَة وَالله أعلم بواضعها.

Dalam kitab al-Zayl menyebut: Daripada Jabir yang diriwayatkan secara marfu’:
“Tidakkah engkau redha untuk menjadi sepertimana kedudukan Harun pada Musa melainkan tiada lagi Nabi selepasku. Jika ada Nabi selepasku maka engkaulah orangnya.” al-Khatib berkata: lafaz ‘Jika ada Nabi selepasku maka engkaulah orangnya’ adalah lafaz tambahan. Kami tidak ketahui siapa yang meriwayatkannya melainkan Abu al-Azhar. Beliau adalah pemalsu hadith. Ibn al-Najar berkata: Matan hadith tersebut adalah sahih namun penambahan lafaz tersebut adalah tidak sahih. Allah Maha Mengetahui siapa yang meletakkannya secara palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs