Tidakkah engkau mahu menjadi orang yang keempat dalam kalangan mereka yang berempat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أما ترضى أن تكون رابع أربعة؟ أول من يدخل الجنة أنا، وأنت، والحسن، والحسين؛ وأزواجنا عن أيماننا وعن شمائلنا، وذرارينا خلف أزواجنا، وشيعتنا من ورائنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah engkau mahu menjadi orang yang keempat dalam kalangan mereka yang berempat? Aku orang pertama yang akan masuk syurga, kemudian engkau, al-Hasan, al-Husain, isteri-isteri kita di sebelah kanan dan kiri, dan zuriat-zuriat kita di belakang pasangan-pasangan kita, serta kumpulan kita di belakang kita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679, hadis nombor 3493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: شكوت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم حسد الناس إياي فقال: ((أما ترضى أن تكون رابع أربعة؟ أول من يدخل الجنة أنا، وأنت، والحسن، والحسين؛ وأزواجنا عن أيماننا وعن شمائلنا، وذرارينا خلف أزواجنا، وشيعتنا من ورائنا)). [أبو بكر القطيعي في ((زوائد الفضائل))، طب -نحوه-، ((الضعيفة)) (5591، 4931)]

(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA berkata: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hasad dengki manusia kepadaku dan baginda berkata: Tidakkah engkau mahu menjadi orang yang keempat dalam kalangan mereka yang berempat? Aku orang pertama yang akan masuk syurga, kemudian engkau, al-Hasan, al-Husain, isteri-isteri kita di sebelah kanan dan kiri, dan zuriat-zuriat kita di belakang pasangan-pasangan kita, serta kumpulan kita di belakang kita. [Riwayat Abū Bakar al-Qaṭī‘ī dalam Zawāi’d al-Faḍāil, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan seumpamanya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5591, 4931]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.