Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidakkah engkau mahu menjadi orang yang keempat dalam kalangan mereka yang berempat

Teks Bahasa Arab

أما ترضَى أن تكونَ رابعَ أربعةٍ؟ أوَّلُ مَن يدخلُ الجنَّةَ أنا، وأنتَ، والحسنُ، والحسَينُ؛ وأزواجُنا عن أيمانِنا وعن شمائِلِنا، وذراريُّنا خلفَ أزواجِنا، وشيعتُنا مِن ورائِنا.

Teks Bahasa Melayu

Tidakkah engkau mahu menjadi orang yang keempat dalam kalangan mereka yang berempat? Aku orang pertama yang akan masuk syurga, kemudian engkau, al-Hasan, al-Husain, isteri-isteri kita di sebelah kanan dan kiri, dan zuriat-zuriat kita di belakang pasangan-pasangan kita, serta kumpulan kita di belakang kita.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679, hadis no. 3493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: شكوت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم حسد الناس إياي فقال: ((أما ترضى أن تكون رابع أربعة؟ أول من يدخل الجنة أنا، وأنت، والحسن، والحسين؛ وأزواجنا عن أيماننا وعن شمائلنا، وذرارينا خلف أزواجنا، وشيعتنا من ورائنا)). [أبو بكر القطيعي في ((زوائد الفضائل))، طب -نحوه-، ((الضعيفة)) (5591، 4931)]

(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA berkata: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hasad dengki manusia kepadaku dan baginda berkata: Tidakkah engkau mahu menjadi orang yang keempat dalam kalangan mereka yang berempat? Aku orang pertama yang akan masuk syurga, kemudian engkau, al-Hasan, al-Husain, isteri-isteri kita di sebelah kanan dan kiri, dan zuriat-zuriat kita di belakang pasangan-pasangan kita, serta kumpulan kita di belakang kita. [Riwayat Abū Bakar al-Qaṭī‘ī dalam Zawāi’d al-Faḍāil, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan seumpamanya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5591, 4931]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.