Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang seburuk-buruk manusia?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا أنبئك بشر الناس؟ من أكل وحده، ومنع رفده، وسافر وحده، وضرب عبده. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يبغض الناس فيبغضونه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يخشى شره، ولا يرجى خيره، ألا أنبئك بشر من هذا؟ من باع آخرته بدنيا غيره. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من أكل الدنيا بالدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang seburuk-buruk manusia? Dia ialah orang yang hanya makan untuk dirinya sendiri, dia menahan diri daripada memberikan pertolongan (makanan tersebut), dia bermusafir seorang diri dan dia memukul hambanya. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang membenci orang lain lalu mereka membencinya. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang yang ditakuti kejahatannya dan tidak diharapkan kebaikan daripada dirinya. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang yang menjual kehidupan akhiratnya dengan sesuatu daripada dunia. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang yang makan (hasil keuntungan) dunia dengan (menggunakan) agama.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2063 hadis nombor 10368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: إن النبي صلى الله عليه وسلم قال لعلي بن أبي طالب: ألا أنبئك بشر الناس؟ من أكل وحده، ومنع رِفده، وسافر وحده، وضرب عبدَه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يبغض الناس فيبغضونه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يُخشى شرُّه، ولا يُرجى خيرُه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من باع آخرتَه بدنيا غيرِه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من أكل الدنيا بالدين.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7135)]

(Munkar)
Daripada Mu‘āż bin Jabal RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepada ‘Alī bin Abū Ṭālib: Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang seburuk-buruk manusia? Dia ialah orang yang hanya makan untuk dirinya sendiri, dia menahan diri daripada memberikan pertolongan (makanan tersebut), dia bermusafir seorang diri dan dia memukul hambanya. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang membenci orang lain lalu mereka membencinya. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang yang ditakuti kejahatannya dan tidak diharapkan kebaikan daripada dirinya. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang yang menjual kehidupan akhiratnya dengan sesuatu daripada dunia. Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk daripada ini? Dia ialah orang yang makan (hasil keuntungan) dunia dengan (menggunakan) agama.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7135]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.