Tidak wajib bagi kamu untuk setelah memandikan mayat

TEKS BAHASA ARAB

ليس عليكم فى غسل ميتكم غسل إذا غسلتموه، إنه مسلم مؤمن طاهر، وإن المسلم (وفي لفظ: ميتكم) ليس بنجس، فحسبكم أن تغسلوا أيديكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak wajib bagi kamu untuk mandi setelah memandikan mayat. Sesungguhnya seorang yang beriman itu suci dan orang Islam itu (terdapat lafaz: yang mati di antara kamu) bukanlah najis. Maka cukuplah bagi kamu untuk sekadar membasuh tangan kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1765, hadis nombor 8884. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ليس عليكم فى غسل ميتكم غسل إذا غسلتموه، إنه مسلم مؤمن طاهر، وإن المسلم (وفي لفظ: ميتكم) ليس بنجس، فحسبكم أن تغسلوا أيديكم.)) [قط، ك، هق، ((الضعيفة)) (6304)].

(Lemah)
Daripada Abdullah ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak wajib bagi kamu untuk mandi setelah memandikan mayat. Sesungguhnya seorang yang beriman itu suci dan orang Islam itu (terdapat lafaz: yang mati di antara kamu) bukanlah najis. Maka cukuplah bagi kamu untuk sekadar membasuh tangan kamu.))
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6304].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs