Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak wajar bagi seseorang untuk membenci Usamah

Teks Bahasa Arab

لا ينبغي لأحد أن يبغض أسامة بعدما سمعت رسول الله يقول: ((منْ كان يحبُّ اللهَ عز وجل ورسولَهُ ؛ فلْيُحبَّ أسامةَ)).

Teks Bahasa Melayu

Tidak wajar bagi seseorang untuk membenci Usamah selepas aku mendengar baginda bersabda: “Barang siapa yang mencintai Allah dan rasul-Nya, maka hendaklah dia mencintai Usamah."

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1876, hadis no. 9457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: لا ينبغي لأحد أن يبغض أسامة بعدما سمعت رسول الله يقول: ((من كان يحب الله - عز وجل - ورسوله؛ فليحب أسامة)). [حم، ((الضعيفة)) (4642)]

(Lemah) Daripada ’Aisyah RA, dia berkata: “Tidak wajar bagi seseorang untuk membenci Usamah selepas aku mendengar baginda bersabda: “Barang siapa yang mencintai Allah dan rasul-Nya, maka hendaklah dia mencintai Usamah." [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4642]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.