Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ramainya kelahiran anak jin daripada kalangan perempuan kalian

Teks Bahasa Arab

لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى تَكثُرَ فيكُم أولادُ الجنِّ مِن نسائِكُم، ويكثرُ نسَبُهم فيكُم؛ حتَّى يجادِلوكُم بالقرآنِ؛ حتَّى يردُّوكُم عن دينِكُم.

Teks Bahasa Melayu

Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ramainya kelahiran anak jin daripada kalangan perempuan kalian, dan ramainya nasab mereka dalam kalangan kalian. Sehingga mereka membantah kalian dengan al-Quran. Sehingga mereka menjauhkan kalian daripada agama kalian.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis no. 2800.

(منکر جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لا تقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائم، ويكثر نسبهم فيكم؛ حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يرودوكم عن دینكم». [الكلاباذي في «مفتاح المعاني»، «الضعيفة» (5776)].

(Sangat Munkar) Daripada Ibn Umar RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ramainya kelahiran anak jin daripada kalangan perempuan kalian, dan ramainya nasab mereka dalam kalangan kalian. Sehingga mereka membantah kalian dengan al-Quran. Sehingga mereka menjauhkan kalian daripada agama kalian. [Riwayat al-Kalābādhī dalam kitab Miftāḥ al-Ma‘ānī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5776].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.