Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak sepatutnya seseorang nabi itu berkata: Sesungguhnya aku lebih baik daripada Yunus bin Matta

Teks Bahasa Arab

مَا يَنْبَغِي لِنَبِيٍّ أَنْ يَقُولَ إِنِّي خَيْرٌ مِنْ يُونُسَ بْنِ مَتَّى.

Teks Bahasa Melayu

Tidak sepatutnya seseorang nabi itu berkata: Sesungguhnya aku lebih baik daripada Yunus bin Matta.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdullah bin Ja‘far RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1121, hadis no. 5660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ نبي) عن عبد الله بن جعفر رضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: مَا يَنْبَغِي لِنَبِيٍّ أَنْ يَقُولَ إِنِّي خَيْرٌ مِنْ يُونُسَ بْنِ مَتَّى. [د، البيهقي في دلائل النبوة، حم، طب، الضعيفة (6957)].

(Munkar dengan lafaz 'nabi') Daripada ‘Abdullah bin Ja‘far RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak sepatutnya seseorang nabi itu berkata: Sesungguhnya aku lebih baik daripada Yunus bin Matta. [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, riwayat Ahmad dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6957]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.