Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang terdapat Abu Bakar dalam kalangan mereka

Teks Bahasa Arab

لاَ يَنْبَغِي لِقَوْمٍ فِيهِمْ أَبُو بَكْرٍ أَنْ يَؤُمَّهُمْ غَيْرُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang terdapat Abu Bakar dalam kalangan mereka, untuk dipimpin oleh selain beliau.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 301, hadis no. 1595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((‏لا ينبغي لقوم فيهم أبو بكر أن يؤمهم غيره)). [ت، ((الضعيفة)) (4820)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang terdapat Abu Bakr dalam kalangan mereka, untuk dipimpin oleh selain beliau. [Riwayat Sunan al-Tirmizi. Lihat Sisilah al-Da‘īfah, no. 4820]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.