Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang dalam kalangan mereka ada Abu Bakar, diimamkan (solat) mereka selainnya ( Abu Bakar)

TEKS BAHASA ARAB

لا ينبغي لقوم فيهم أبو بكر أن يؤمهم غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang dalam kalangan mereka ada Abu Bakar, solat mereka diimamkanoleh selain Abu Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1883, hadis nombor 9484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعًا: ((لا يَنبَغي لقَوْمٍ فيهم أبو بكرٍ أن يؤُمَّهُم غيرُه)). [ت، (الضعيفة) (4820)]

(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang dalam kalangan mereka ada Abu Bakar, solat mereka diimamkanoleh selain Abu Bakar." [Riwayat al-Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4820]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs