Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَنبَغي لقَوْمٍ فيهم أبو بكرٍ أن يؤُمَّهُم غيرُه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang dalam kalangan mereka ada Abu Bakar, solat mereka diimamkanoleh selain Abu Bakar.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1883, hadis no. 9484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak sepatutnya bagi sesebuah kaum yang dalam kalangan mereka ada Abu Bakar, solat mereka diimamkanoleh selain Abu Bakar." [Riwayat al-Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4820]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman