TEKS BAHASA ARAB
لا صرورة في الإسلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak sepatutnya ada orang yang tidak menunaikan haji dalam Islam.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730, hadis nombor 3724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا صرورة في الإسلام)). [د، ك، حم، طب، الضياء في ((المختارة))، ((الضعيفة)) (685)]
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak sepatutnya ada orang yang tidak menunaikan haji dalam Islam.
[Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Hakim dalam Mustadraknya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Diya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 685]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.