Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidak sepatutnya ada orang yang tidak menunaikan haji dalam Islam

Teks Bahasa Arab

لا صَرُورَةَ في الإسلامِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak sepatutnya ada orang yang tidak menunaikan haji dalam Islam.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730, hadis no. 3724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لا ‌صرورة في الإسلام)). [د، ك، حم، طب، الضياء في ((المختارة))، ((الضعيفة)) (685)]

(Daif) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak sepatutnya ada orang yang tidak menunaikan haji dalam Islam. [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Hakim dalam Mustadraknya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Diya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 685]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.