Tidak seorang pun masuk syurga melainkan Allah kahwinkan dia dengan tujuh puluh dua isteri

TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد يدخله الله الجنة إلا زوجه الله عز وجل ثنتين وسبعين زوجة، ثنتين من الحور العين، وسبعين من ميراثه من أهل النار، ما منهن واحدة إلا ولها قبل شهي، وله ذكر لا ينثني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak seorang pun yang Allah masukkannya dalam syurga melainkan Allah ‘azza wa jalla kahwinkan dia dengan 72 isteri, dua dalam kalangan bidadari dan 70 lagi daripada peninggalannya dalam kalangan ahli neraka. Tidak seorang pun daripada mereka melainkan dia mempunyai kemaluan yang berahi dan dia pula memiliki zakar yang tidak lesu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1341, hadis nombor 6854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعاً: ما من أحد يدخله الله الجنة إلا زوجه الله عز وجل ثنتين وسبعين زوجة، ثنتين من الحور العين، وسبعين من ميراثه من أهل النار، ما منهن واحدة إلا ولها قبل شهي، وله ذكر لا ينثني.
[هـ، الربعي في ((جزء من حديثه))، عد، ((الضعيفة)) (4473)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak seorang pun yang Allah masukkannya dalam syurga melainkan Allah ‘azza wa jalla kahwinkan dia dengan 72 isteri, dua dalam kalangan bidadari dan 70 lagi daripada peninggalannya dalam kalangan ahli neraka. Tidak seorang pun daripada mereka melainkan dia mempunyai kemaluan yang berahi dan dia pula memiliki zakar yang tidak lesu.
[Riwayat Ibn Majah, al-Ruba'iy dalam Juz Min Hadithihi, Ibn 'Adiy dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4473]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs